BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Asslamualaikum, adakah dikira zihar bagi situasi ini:

 Pada 21jun2025, suami membancuh susu dan memberikan susu kepada anak perempuan kami berusia 9 bulan. Dia memasukkan botol susu ke dalam mulut anak perempuan kami dengan cara kiri ke kanan kerana anak menutup mulut dengan rapat. Suami ketawa dan berkata "macam tolak konek dalam lubang awak". Saya kurang dengar dan tanya kepada suami "Apa?". Suami berkata "macam tolak kinek dalam lubang awak". Adakah dikira zihar?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Untuk makluman pihak puan, zihar adalah perkataan suami yang menyamakan isteri atau mana-mana anggota fizikal isteri dengan mana-mana perempuan yang haram dikahwini selama-lamanya seperti ibu atau anak perempuan, beserta niat zihar atau membawa niat zihar iaitu ingin mengharamkan hubungan suami isteri. Merujuk kepada pertanyaan puan, perkataan suami tersebut tidak ada kaitan dengan unsur menyamakan anggota badan anak iaitu mulut anak dengan alat kemaluan isterinya, tetapi kenyataan suami itu adalah menyamakan perbuatan memasukkan puting susu itu seperti perbuatan bersetubuh yakni memasukkan zakar ke dalam faraj. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 29

message user image