Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
pada tahun 2016, sy ada melafazkan taklik " Saya tidak akan mengambil / mencuri barang kemas emak saya , jika saya mengambil/ mencuri akan jatuh talak 1 . lafaz ini dilafazkan dihadapan ibu dan isteri saya. Pada 22/07/2025 , ibu saya telah meninggal. Soalan saya, apakah yang berlaku selepas kematian ibu saya.. Adakah taklik ini terbatal dengan sendiri.
Jawapan
Menjawab pertanyaan tuan, lafaz tuan "Saya tidak akan mengambil / mencuri barang kemas emak saya , jika saya mengambil/ mencuri akan jatuh talak 1" adalah lafaz taklik bi shart, yang mana perceraian berlaku apabila syarat yang disebut berlaku. Dalam persoalan yang tuan nyatakan bahawa ibu tuan telah meninggal dunia, maka syarat itu tidak lagi relevan, dan taklik terbatal dengan sendirinya kerana barang kemas tersebut bukan lagi milik mutlak ibu tuan dan ia telah menjadi harta pusaka yang tertakluk kepada pembahagian faraid di mana tuan juga mungkin berhak ke atas sebahagian daripadanya sebagai waris.
Di dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj oleh Ibn Hajar al-Haitami (juz 8, hlm. 25) dinyatakan :
Yang maksudnya : Apabila talak digantung pada satu sifat (syarat), kemudian tempat sifat itu hilang (tidak wujud lagi), maka taklik itu batal, kerana syarat yang tidak kekal menyebabkan batalnya perkara yang digantungkan padanya.
Dan dalam kitab I‘anah al-Talibin (juz 4, hlm. 18) pula dinyatakan :
Yang bermaksud : Jika talak digantung pada satu sifat/keadaan, kemudian keadaan itu hilang, maka taklik itu batal.
Manakala dalam kaedah Fiqhiyyah yang digunakan :
Yang bermaksud : "Apabila syarat gugur, maka perkara yang digantung dengan syarat itu juga gugur."
Kesimpulannya :
Jika syarat yang disebut dalam taklik sudah tidak wujud lagi, maka taklik tersebut juga terbatal secara automatik.
Sekian, terima kasih