BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam, sy ingin bertanya. Suami ada melafaz perkataan, "jika berciuman mulut dengan dia, maka akan jatuh talak satu". soalan sy adakah jatuh talak satu jika kami berciuman, kerana hal ini merupakan kebutuhan batin antara suami dan isteri. Apakah talak taklik ini sah digunapakai sepanjang pernikahan? Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan:

Berdasarkan kenyataan yang puan jelaskan di atas, bahawa suami puan ada melafazkan taklik yang berbunyi :"jika berciuman mulut dengan dia, maka akan jatuh talak satu ". Lafaz tersebut seakan suatu lafaz yang mana sekiranya berciuman mulut dengan suami, maka akan jatuh talak 1 dengan maksud, berlaku sahaja perbuatan tersebut maka jatuh lah talak. Walau bagaimanapun, puan dan suami hendaklah merujuk perkara ini ke Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan kadar segera sekiranya berlakunya perbuatan tersebut supaya mendapat pengesahan yang lebih jelas daripada pihak yang berautoriti, kerana pengesahan lafaz cerai adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 34

message user image