BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum solat jika solat bersama anak yang belum baligh yang mana saya berniat imam manakala anak berniat makmum. Namun, dalam solat tersebut anak ada bermain-main. (proses mendidik anak solat)


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, jika anak tersebut telah sampai had umur mumaiyiz dan sah solatnya kerana memenuhi syarat-syarat sah solat khususnya syarat-syarat suci daripada hadas, suci badan, pakaian dan tempat solat daripada najis yang tidak dimaafkan dan menutup aurat disamping melaksanakan rukun-rukun di dalam solat, maka sahlah solatnya dengan niat menjadi imam itu. Sebaliknya, jika anak tersebut tidak memenuhi syarat-syarat sah, maka tidaklah sah niat berimam itu kerana berniat imam dalam keadaan yang dia tidak yakin ada orang yang akan mengikutinya berjemaah adalah tidak sah. Dalam hal ini, anak yang tidak sah solatnya samalah seperti tiada jemaah yang hadir bersolat dibelakangnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 175

message user image