BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

saya mendapat tahu suami telah berkahwin lain di thailand selepas setahun kejadian tu berlaku. Dalam tempoh setahun itu, suami mengatakan sudah 2x bercerai dengan perempuan itu. Terbaru ini suami kata sudah ceraikan kali ke3. Tetapi pejabat agama Thailand mengatakan talak tidak jatuh kerana suami lafaz dalam keadaan tertekan dan sakit (tengah sakit kanser). Pejabat agama thailand meminta ke sana untuk lafaz cerai barulah talak jatuh. Mengikut islam, adakah talak telah jatuh atau pon tidak? Adakah di kira tidak waras semasa melafazkan talak?. Saya minta dia uruskan hal ini cara betul, tetapi dia mengatakan pejabat agama thailand sudah mengatakan tidak jatuh talak. Saya merasakan dia membuat dosa besar kerana talak sudah jatuh mengikut sudut islam dan juga pandangan saya yang cetek ilmu agama ini. Minta penerangan berkaitan kes ini. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan puan, kami tidak memiliki pengetahuan secara khusus mengenai undang-undang perkahwinan dan perceraian yang dikuatkuasakan di negara Thailand.

Walau bagaimanapun, secara umumnya, sesuatu lafaz talak yang diucapkan oleh suami sekiranya memenuhi segala rukun dan syarat, maka talak dari segi syarak akan berlaku. Namun, perkara tersebut perlu disahkan oleh pihak yang berbidangkuasa, iaitu pihak mahkamah, di dalam menentukan bahawa lafaz yang diucapkan memenuhi rukun dan syaratnya. Menjadi suatu kebimbangan sekiranya lafaz yang diucapkan tidak memenuhi mana-mana syarat yang menyebabkan talak tidak sah atau sebagainya. Sebab itulah menurut undang-undang perkara seperti ini perlu kepada penelitian dan keputusan daripada pihak mahkamah. Oleh itu, adalah disarankan kepada pihak suami puan untuk menguruskan dan melaporkan dakwaan lafaz cerai tersebut kepada pihak yang berautoriti di Thailand, agar ia dibicarakan dengan adil dan saksama serta menepati kehendak syarak.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 46

message user image