BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.b.t, saya muhammad rashdan bin totik ingin menanyakan soalan saya kepada pihak jabatan mufti Negeri Selangor, tentang "TAKLIK" yang saya berikan pada isteri. Semalam saya dan isteri telah berselisih faham dan berlaku pertengkaran antara saya dan isteri saya. Dalam masa pertengkaran tersebut isteri saya telah meludahi muka saya berkali-kali dan saya pun tidak terima diperlakukan seperti itu, saya pun angkat tangan dan terus menampar kepala isteri saya, tamparan tersebut saya lakukan hanya sekali sahaja dengan niat untuk sedarkan isteri saya atas perbuatannya itu. Selepas daripada kejadian itu saya baru teringat tentang TAKLIK yang saya lafazkan 2 tahun lalu pada isteri saya.  Saya telah mengatakan pada isteri "seandainya tangan dan kaki saya ini hinggap di badan mu, dengan maksud untuk menyakiti mu atau membinasakan tubuh badan mu tanpa ada sebab-sebab yang tertentu maka jatuh la talak 1. Soalan saya, adakah taklik tersebut sah dan jatuh talak 1 ? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan tuan :

Lafaz  "seandainya tangan dan kaki saya ini hinggap di badan mu, dengan maksud untuk menyakiti mu atau membinasakan tubuh badan mu tanpa ada sebab-sebab yang tertentu maka jatuh la talak 1". Oleh yang demikian sekiranya tindakan tuan memukul isteri bukan atas niat menyakiti atau membinasakan tubuh badan isteri maka ia tidaklah termasuk dalam maksud taklik yang telah tuan lafazkan itu. 

Memandangkan pihak yang berautoriti atau berbidangkuasa di dalam menentukan sesuatu penceraian itu berlaku atau tidak adalah pihak Mahkamah Syariah, apatah lagi penjelasan tentang wujud atau tidak niat atau bermaksud menyakiti atau membinasakan tubuh badan isteri perlu dipastikan juga, maka disyorkan agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 72

message user image