BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam Ustaz, saya ingin bertanya.

Secara ringkasnya, suami curang semasa saya masih mengandung sehinggalah anak tersebut sudah dilahirkan dan sekarang berumur 3 tahun. Sepanjang kes curang tersebut saya masih menjalankan tanggunjawab saya sebagai isteri seperti biasa walaupun saya tahu apa yang berlaku dan kami kerap bergaduh. Namun begitu, perasaan saya kepada suami saya telah hilang dan tidak lagi rasa apa2 dan saya merasakan saya tidak boleh terima lagi untuk hidup bersama suami saya waluapun sekarang dia sudah berubah tapi saya juga sudah berubah dari segi perasaan.

Soalan saya :

Adakah saya berdosa untuk meminta cerai kepada suami saya walaupun dia sudah berubah namun saya tidak lagi menyayangi nya selepas kejadian dahulu? Boleh ke suami saya tidak redha dan mengatakan saya akan masuk ke neraka hanya disebabkan saya meminta cerai sebab tidak bau syurga wanita yang meminta cerai kepada suami tanpa sebab yg yang dibenarkan islam?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, dalam Islam isteri boleh memohon perceraian dan menuntut haknya dengan mengemukakan permohonan ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal. Justeru, isteri tidak boleh dihukumkan berdosa. Islam juga tidak menghalang isteri memohon perceraian dengan alasan dan dakwaan yang benar dan dibenarkan oleh syarak. Puan boleh rujuk Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atau link seperti berikut : https://www.mais.gov.my/wp-content/uploads/2020/10/ENAKMEN-UNDANG-UNDANG-KELUARGA-ISLAM-NEGERI-SELANGOR-2003.pdf (Bahagian V - Pembubaran Perkahwinan).

Oleh kerana isteri sudah hilang perasaan kasih dan sayang lontaran pelakuan suami yang pernah curang dalam tempoh perkahwinan sudah tentu masih dibayangi dan trauma dengan kejadian yang berlaku. Keputusan untuk berpisah adalah pilihan isteri. Jika salah satu pihak sudah tidak boleh hidup bersama sebagai suami isteri, maka keputusan untuk membubarkan perkahwinan hendaklah dipohon melalui perintah mahkamah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 30

message user image