Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
saya ada bertengkar dengan isteri kerana saya telah mengambil bahan terlarang,kami bergaduh besar sehinggakan isteri memaksa saya untuk ceraikan dia,saya memujuk dia dan berkata akan berhenti berbuat demikian dalam keadaan terlalu sedih dan dia berkata "kalau buat lagi?"saya tanpa niat dan tanpa berfikir langsung terus menjawab "ceraila" kerana ingin memujuknya,persoalannya,adakah jatuh talak jika saya masih berbuat perkara tersebut.harap tuan/puan dapat menjawab persoalan saya
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, pertanyaan dari isteri : "kalau buat lagi?" dan suami menjawab "ceraila" boleh dikategorikan sebagai lafaz cerai secara taklik. Namun, lafaz yang diungkapkan itu ianya boleh membawa maksud jika buat lagi, jatuh terus talak secara serta merta dan ia juga boleh membawa maksud jika buat lagi, maka akan buat proses perceraian. Jika sekiranya perkara ini berlaku maka pihak yang berautoriti untuk mengesahkan perceraian adalah pihak Mahkamah Syariah. Maka pengesahan perceraian hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah yang bedekatan agar tidak timbul sebarang pertikaian.
Sekian, terima kasih.