BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya mohon bertanya. Kaki saya retak dan sekarang dalam fasa pemulihan. Dalam fasa ni saya bergerak memggunakan frame walker atau crutches elbow. Saya boleh berjalan tapi ada limit. Saya boleh berdiri tapi masih memegang alat sokongan kerana kaki masih lagi belum boleh menanggung beban berat badan sepenuhnya. Boleh saya dapatkan panduan cara solat dalam fasa ini kerana dari video video ustaz ustazah yg saya jumpa semua memberitahu jika sudah boleh berdiri perlu berdiri ketika solat. Bagaimana cara saya nak solat jika perlu berdiri dengan memegang frame walker itu dan bagaimana cara saya nak rukuk.  Buat masa sekarang saya masih bersolat secara duduk kerana saya khuatir apabila bangun lebih banyak pergerakan akan berlaku kerana perlu memegang frame walker dan saya khuatir solat saya terbatal. Mohon bantuan alim ulama untuk beri tunjuk ajar kerana tiada video lansung yang saya jumpa untuk org yg memakai alat sokongan. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Seseorang yang berada dalam fasa pemulihan patah atau retak kaki wajib solat mengikut kemampuan. Jika puan mampu berdiri seketika dengan berpaut pada walker atau crutches maka mulakan solat dengan berdiri untuk mengambil syarat qiyam. Kemudian, rukuk seperti biasa jika mampu. Namun sekiranya puan mengalami kesukaran untuk rukuk seperti biasa maka puan perlu mengerjakannya mengikut kemampuan. Adapun sujud dan duduk tahiyat boleh dilakukan dengan mengambil rukhsah duduk di atas kerusi atau lantai. Kebimbangan lewat sembuh atau terpaksa menanggung sakit juga termasuk dalam rukhsah yang diberi keringanan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk Garis Panduan Pelaksanaan Solat Secara Duduk di atas Kerusi JAKIM di pautan berikut:

Garis Panduan Pelaksanaan Solat Secara Duduk di atas Kerusi JAKIM

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 22

message user image