BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.. anak saya patah jari dan tangan bersimen dan berbalut daripada sebahagian jari hingga sebahagian siku, adakah perlu mengambil wudhu dengan menggunakan air dan tayammum...atau memadai mengambail wudhu dengan air sahaja. Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, dalam keadaan anak puan yang patah jari dan tangannya disimen serta berbalut dari sebahagian jari hingga sebahagian siku, maka memadai mengambil wuduk dengan menggunakan air pada anggota yang tidak berbalut. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Basuh muka beserta niat wudhu'.

  2. Basuh bahagian tangan yang boleh dikenakan air hingga ke siku.

  3. Sempurnakan wudhu' dengan menyapu air di atas kawasan bersimen yang berbalut. Jika mendatangkan mudharat maka tidak perlu disapu.

Justeru itu, anak puan tidak perlu melakukan tayamum dan hanya memadai dengan mengalirkan atau menyapu air di atas balutan sama ada tampalan mahupun simen tersebut semampunya ketika berwudhu'.

Sehubungan itu, disertakan juga Panduan Bersuci dan Bersolat Bagi Pesakit yang disediakan oleh JAKIM sebagai rujukan tuan, sila klik pautan berikut:

Panduan Bersuci dan Bersolat Bagi Pesakit

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 22

message user image