BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ada memelihara kucing. Saya difahamkan status bulu kucing yang tertanggal adalah najis yang dimaafkan dalam mazhab Syafie, seperti yang diterangkan Ustaz Azhar Idrus - https://youtu.be/gKxxArNp8dw . Soalan saya, sekiranya saya membasuh pakaian yang terlekat bulu kucing pada kadar yang banyak ( sama ada guna mesin basuh atau manual), namun tidak hilang sepenuhnya bulu-bulu tersebut, adakah dikira pakaian tersebut bersama air dan baju lain yang di basuh bersama turut bernajis ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, pakaian yang terkena bulu kucing adalah najis. Namun apabila pakaian tersebut telah dibasuh, maka pakaian tersebut telah bersih daripada najis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 171

message user image