BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanya jika menyebut paha isteri “besar” ikut pattern ibunya.Maksud niat adalah sifat bentuk size paha yg besar mewarisi dari ibunya kepadanya dan tiada niat zihar. Adakah jatuh zihar? Pada ketika itu perkara sudah terlalu lama lebih 5 tahun berlalu dan teringat kembali. Pada masa itu juga pengetahuan sy tentang zihar adalah jahil dan tidak tahu langsung.saya hanya tahu zihar jangan memanggil panggilan ibu kepada isteri pada ketika itu.sy mengaku kurang belajar agama dan sekarang masih belajar. Adakah orang yang jahil hukum di maafkan dan terlepas kaffarahnya.Terima kasih ustaz Semoga dijawab semuanya dalam masa terdekat. kerana sy agak tertekan memikirkannya dan ingin berpegang pada jawapan ini Terima kasih sekali lagi tuan mufti


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, situasi tersebut tidak termasuk dalam kategori zihar, dan oleh itu tidak dikenakan sebarang kaffarah. Secara fitrahnya, adalah perkara yang lumrah bagi seorang anak mewarisi rupa paras atau bentuk tubuh daripada ibunya sebagaimana yang dinyatakan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 25

message user image