Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,saya nak tanya berkenaan ayat yang boleh jatuh talak.masa saya dengan isteri bergaduh saya penah keluarkan ayat
"Kalau ko nak aku lepaskan ko ,ko cakap jela.dengan nada bertanya pada isteri saya.adakah ia jatuh talak?"
Dan satu lagi ayat
Saya dapat pangilan dari pihak yang mengaku dari bank.tapi pihak itu bertanya pada saya satu nama iaitu isteri saya tetapi saya mengatakan tidak kenal.sebab saya takot pihak itu melakukan penipuan.adakah ia jatuh talak jugak sebab saya kata saya tak kenal nama pihak itu bagi?
Jawapan
Merujuk kepad apersoalan yang diajukan:
1. Ucapan tuan "Kalau ko nak aku lepaskan ko, ko cakap jela" adalah termasuk dalam lafaz kinayah (sindiran), kerana perkataan "lepaskan" itu boleh difahami dengan pelbagai makna selain makna cerai, kemungkinan ia boleh bermaksud cerai dan boleh juga tidak bermaksud cerai. Dalam mazhab Syafi’i, lafaz kinayah tidak menjatuhkan talak melainkan dengan niat cerai. Maka, jika suami tidak berniat menceraikan isterinya, maka talak tidak jatuh. Dalam kitab I‘anah al-Talibin dinyatakan : "والكناية لا يقع بها الطلاق إلا مع نية الطلاق" yang bermaksud : Lafaz kinayah tidak menyebabkan talak kecuali disertai dengan niat talak.
Sekiranya tuan menyebut ayat tersebut dalam nada bertanya dan tidak ada niat untuk menceraikan isteri, maka ia menjadi lafaz kinayah dalam bentuk "khabari" iaitu sekadar cadangan atau pertanyaan dan ia tidak menyebabkan jatuh talak selagimana tuan tidak melafazkannya secara jelas atau sorih.
2. Berkaitan pertanyaan yang kedua ini pula, lafaz tersebut lansung tidak mengandungi lafaz. Tuan hanya berkata “tidak kenal” dan ini bukanlah termasuk lafaz talak dalam apa-apa bentuk pun, sama ada sorih (jelas) atau kinayah (sindiran). Maka, dalam hukum syarak, perkataan itu tidak menyebabkan talak berlaku. Apatah lagi niat tuan bukan untuk menceraikan isteri, tetapi untuk berhati-hati dan mengelak dari penipuan
Sekian, terima kasih