Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum melupuskan Al-Quran, buku agama menggunakan alat atau mesin "shredder"?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, kaedah untuk melupuskan Al-Quran adalah dengan membakarnya dan kemudian abunya perlu dialirkan ke air yang mengalir untuk menjamin kesucian dan kehormatan Al-Quran. Oleh itu menggunakan kaedah mesin ‘shredder” tidak digalakkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.