BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

1.  Says mahu bertanya jika isteri bercakap mahu membuat perjanjian bertulis hitam putih jika saya suami melakukan perbuatan cth: bermain judi mengambil dadah Akan jatuh talak dan saya (suami) mengiakan dan bercakap ha okey" kalau aku buat jatuh habis semua tetapi belum membuat surat perjanjian..(bukan dengan niat tetapi ha ya untuk mengelak Dari perbalahan yang Lebih teruk) adakah sah lafaz ini ? Tetapi saya mengiakan tanpa mengetahui hukum taklik dan kesannya' yang saya tahu saya mengiakan kerana nak berbaik Sahaja 

2. Dan saya hanya mahu kepastian jikalau misalnya saya melanggar salah satu dari syarat tersebut adakah terjatuhnya talak dengan perjanjian yang saya sebut. ? 
 

3. dan akhir sekali saya was-was adakah sah dengan percakapan lafaz saya (di  soalan pertama )
 

moon penerangan ya ustaz 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan tuan, situasi yang berlaku itu adalah terfokus kepada cadangan untuk membuat perjanjian secara hitam putih atau perjanjian yang didokumenkan berkaitan dengan taklik talak. Apabila ia berbentuk cadangan bermaksud pada masa akan datang akan dibuat perjanjian yang lengkap berserta syarat-syarat dan sebagainya dalam bentuk perjanjian yang bertulis. Oleh yang demikian, kesan jatuh atau tidak talak adalah selepas perjanjian rasmi itu dipersetujui bersama dan dimeterai dalam bentuk tulisan atau dokumen.

Perkataan "kalau aku buat jatuh habis semua" adalah kesan yang akan berlaku sekiranya taklik talak itu dilanggar setelah perjanjian itu disediakan dan dipersetujui bersama. Adapun perkataan "kalau aku buat, habis jatuh semua", ia bukanlah perkataan lafaz cerai yang jelas, hanya ungkapan kiasan atau ancaman yang mungkin merujuk kepada perceraian. Maka, ia adalah lafaz kinayah, dan hukum talak bergantung kepada niat suami ketika melafazkan ayat tersebut.

Berkaitan dengan kenyataan tuan,tentang was-was dengan lafaz tersebut. Dalam kitab I‘anah al-Talibin (Syarh Fiqh Syafi‘i) dijelaskan  وَالشَّكُّ فِي وُقُوعِ الطَّلَاقِ كَعَدَمِهِ  yang maksudnya “ keraguan (syak) dalam berlakunya talak dihukum seperti tidak berlaku talak.” Oleh yang demikian, jika seseorang ragu sama ada dia telah menjatuhkan talak atau tidak, maka talak itu tidak berlaku.

Walaubagaimanapun, untuk makluman pihak puan, pihak yang berautoriti atau berbidangkuasa di dalam menentukan sesuatu penceraian itu berlaku atau tidak adalah pihak Mahkamah Syariah, maka adalah disyorkan agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 37

message user image