Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz, boleh saya bertanya mengenai najis hukmiyah? Najis hukmiyyah boleh berpindah sehingga ke peringkat mana ustaz? Saya terlalu was was mengenai najis hukmiyyah terutama berkaitan najis mughallazah. Boleh ustaz terangkan kepada saya adakah najis akan berpindah jika kasut yang basah melalui laluan yang telah dilalui anjing? Situasi 1 dimana saya pergi ke pasar malam 3 bulan yang lalu. Semasa hendak berjalan menuju ke kereta, saya ternampak 2 ekor anjing melalui jalan di belakang kereta saya. Saya tiada jalan lain melainkan terpaksa mengikut laluan tersebut untuk ke kereta saya. Saya tidak pasti jalan yang menjadi tapak pijakan anjing tersebut.semasa melintas saya sedaya upaya mengelak dan melangkah jalan yang disyaki menjadi laluan anjing tersebut. Pada mulanya sebelum melintas saya yakin kasut saya kering cuma saya tidak periksa tapak kasut saya sama ada basah atau tidak dan semasa melintas menuju ke kereta saya yakin saya tidak pijak jalan yang basah atau jalan yang ada kotoran. Semasa di dalam kereta ketika lampu isyarat merah, saya terlintas untuk periksa kasut saya disebabkan perasaan was was saya yang membuak-buak ini. Saya dapati ada sedikit basahan di tapak kasut saya. Mungkin saya ada terpijak sedikit air di tapak pasar malam tersebut atau mungkin juga basahan daripada air yang saya beli. Saya tidak pasti ustaz. Saya juga ada membeli air ketika di pasar malam tersebut. Saya tidak pasti basahan tersebut daripada mana. Saya ingin bertanya, adakah dengan tapak kasut yang sedikit basah tersebut apabila memijak laluan anjing boleh berpindah najis? Saya tidak menyertu kasut saya sebolehnya saya cuba menahan diri untuk menyertu oleh kerana saya tidak pasti adakah bernajis atau tidak. Sebelum ini saya kerap menyertu kasut saya apabila saya melalui laluan anjing. Kasut tersebut saya pernah pakai pergi ke tempat kerja selepas kejadian. Dan saya terus buang kasut saya tersebut kerana kerap menggangu pemikiran saya. Boleh ustaz terangkan lebih lanjut mengenai perpindahan najis hukmiyyah berkaitan najis mughallazah ini? Adakah saya perlu menyertu lantai halaman rumah saya yang saya ada pijak menggunakan kasut saya tersebut? Saya tinggal di rumah apartment.bagaimana hendak menyertu jika perlu sertu? Apakah status karpet kereta saya? Saya terlalu was-was ustaz sehingga mengganggu aktiviti harian saya. Saya tengok lantai di tempat kerja pun saya rasa bersalah jika saya ada membuat penyebaran najis ini ustaz. Boleh ustaz berikan penjelasan adakah kasut yang basah apabila memijak laluan anjing akan berpindah najis? Supaya dimasa hadapan saya dapat membina keyakinan dalam diri saya yang saya tidak memijak najis.Bagaimana saya nak mengatasi perasaan was-was saya ini? Situasi ke 2 pada tahun lepas kejadian sebelum penyakit was-was ini timbul, saya pernah melihat anjing kencing di bahagian hadapan kereta adik saya. Pada ketika itu saya berhenti di station minyak dan saya hanya membasuh dengan air sahaja untuk menghilangkan ain najis tersebut tanpa menggunakan air tanah. Saya tidak yakin samada ada percikan air tersebut ke kasut saya atau tidak. Jadi saya hanya membasuh kaki dan kasut saya dengan air mutlak dahulu. Apabila tiba di rumah, saya menyertu kasut dan kaki saya sahaja sebelum masuk ke rumah kerana saya tidak pasti terkena percikan ketika membasuh najis kencing anjing tersebut atau tidak. Hanya kereta sahaja saya tidak menyucikan dengan basuhan yang betul mengikut cara cucian najis mughallazah. Saya baru teringat kembali sejak kebelakangan ini dan adakah saya perlu menyertu kereta adik saya kerana tempat tersebut telah menjadi najis hukmiyah? Adakah najis hukmiyah akan berpindah atas kejahilan saya pada ketika itu? Dan apakah status karpet kereta adik saya tersebut kerana saya hanya menyuci kasut dan kaki menggunakan air mutlak sahaja ketika itu.adakah najis telah berpindah ke karpet kereta kerana kasut saya basah akibat basuhan dengan air mutlak tanpa air tanah tersebut? Mohon penjelasan daripada pihak ustaz. Perasaan was was mengenai penyebaran najis hukmiyah ini telah menggangu aktiviti harian saya. Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan:
1. Najis hukmi adalah najis yang telah hilang ain serta sifatnya seperti warna, bau dan rasa. Sehubungan dengan itu, memandangkan tiada lagi ain najis, maka tidak berlaku perpindahan najis.
2. Situasi Kasut Basah Lalui Laluan Anjing
3. Situasi Kereta Kena Kencing Anjing
Sekian, terima kasih.