BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai cecair yang keluar dari faraj saya. Sebelum ini saya tiada rasa was was akan cecair yang keluar dari faraj saya. Jadi saya hanya membasuh faraj sekali sahaja selepas membuang air kecil. Yang menjadi masalah apabila saya sedang solat saya dapat merasakan terdapat cecair yang keluar dari faraj dan cecair tersebut kadang kala terasa panas dan mengalir ke peha dan betis. Tetapi ada juga yang tiada rasa panas dan tidak mengalir keluar sampai ke peha.  Tapi sekarang, setelah saya merasa was-was saya telah mengambil pendekatan membasuh faraj berkali berkali. Saya akan menunggu sehingga air kencing tiada lagi yang keluar, saya juga duduk mencangkung dan berjalan sedikit bagi memastikan semua air kencing keluar, selepas itu saya akan berdeham untuk memastikan tiada lagi najis yang akan keluar. Setelah dibasuh saya akan lap menggunakan tisu. Tetapi masih lagi ketika solat ada cecair yang keluar tidak kira panas atau biasa. Adakah itu air basuhan faraj atau itu ialah air kencing? Kerana saya ada mencium bau air tersebut dan ianya langsung tidak hancing.  Adakah solat saya sah? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa sesuatu benda itu dianggap suci selagi tidak terbukti wujud najis sama ada terdapat ain, bau atau warna. Was-was atau rasa-rasa seperti ada cecair keluar tidak boleh dijadikan asas untuk membatalkan wuduk atau solat selagi tidak yakin bahawa ia benar-benar najis seperti rasa air kencing yang keluar daripada saluran kencing. Jika bukan keluar dari saluran kencing, maka cecair itu tadi dianggap sebagai baki daripada air basuhan faraj dan ia adalah suci. Adapun begitu, memadai membasuh faraj sekadarnya dan tidak perlu membasuh sampai berulang kali. 

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image