BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan...

Saya pernah berniat untuk mewakafkan tanah untuk bina surau atau tahfiz . Namun, saya tidak pernah melafazkan ikrar yang sempurna atau bertemu dengan pihak yang sepatutnya untuk menyerahkan geran tanah atau sebagainya. Hanya sekadar bercakap-cakap tapi belum dilaksanakan. Adakah tanah yang saya maksudkan itu telah dikira terwakaf atau belum? Adakah salah jika tanah itu saya jual dan saya wakafkan sebahagian daripada duit jualan untuk wakaf? Ini memandangkan kesesuaian lokasi tidak berapa sesuai dengan pembinaan surau/tahfiz.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, tanah yang dimaksudkan belum dikira sebagai wakaf yang sah kerana wakaf hanya berlaku apabila cukup rukun dan syaratnya, antaranya termasuk lafaz atau ikrar wakaf yang jelas serta penyerahan harta secara rasmi kepada pihak yang layak mengurus wakaf.

Dalam keadaan saudara hanya berniat dan bercakap-cakap tanpa lafaz wakaf yang sempurna atau penyerahan rasmi, maka wakaf tersebut belum terlaksana dan tanah masih menjadi milik saudara sepenuhnya.Oleh itu, tidak menjadi kesalahan untuk saudara menjual tanah tersebut, kerana hak milik masih belum berpindah kepada wakaf. Sekiranya selepas itu saudara ingin mewakafkan sebahagian daripada hasil jualan tanah tersebut, maka ia diharuskan dan sangat digalakkan di sisi syarak. Perbuatan tersebut tetap dikira sebagai wakaf tunai atau sedekah jariah yang berpahala besar jika disalurkan kepada tujuan kebajikan seperti pembinaan surau, tahfiz, atau manfaat awam lain. 

والله اعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 36

message user image