BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya adalah wanita berumur 53 tahun. Sebelum ini, saya memakai IUCD di dalam rahim selama 5 tahun dan sepanjang pemakaian alat tersebut tidak ada datang haid. Baru-baru ni, saya telah keluarkan iucd di klinik dan mengalami darah keluar dari faraj untuk beberapa hari. Adakh darah tersebut darah haid atau istihadhah?

terima kasih untuk penjelasan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, pemakaian IUCD boleh sahaja mengganggu kestabilan hormon seseorang wanita sehingga memberi kesan kepada kitaran haid. Dalam kes yang dinyatakan, didapati darah keluar semula selepas lima tahun tidak didatangi haid, iaitu setelah penggunaan IUCD dihentikan. 

Apabila darah terputus dalam tempoh masa yang panjang kemudian kembali, maka darah tersebut dihukumkan sebagai darah haid sekiranya menepati syarat-syarat haid. Iaitu keluar sekurang-kurangnya sehari semalam (24 jam) dan tidak melebihi 15 hari 15 malam. Jika darah ini berterusan melebihi tempoh maksimum haid (15 hari), maka Puan perlu mengingat dan merujuk semula adat kebiasaan tempoh haid dan suci sebelum memakai IUCD.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image