Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalam. Semoga tuan berada dalam lindungan Allah. Maaf kerana bertanya disini. Saya ingin memohon nasihat ringkas & jasa baik daripada tuan untuk permasalahan saya seperti berikut: Saya bertengkar dengan isteri dalam kereta. Bila sampai dirumah, isteri saya keluar dari kereta dan terus masuk ke rumah. Saya masih dalam kereta masih marah. Saya membebel seorang diri. Secara tidak sengaja, saya tersebut ayat ini kepada diri saya sendiri, “Kalau macam ini lebih baik bercerai”. Kemudian saya tersedar & saya istighfar. Yang saya pasti niat saya pada masa itu hanyalah untuk menyatakan rasa marah & menyatakan tekanan rasa sakit hati. Itu sahaja. Saya tidak berniat langsung untuk menceraikan isteri saya pada masa menyebut ayat tersebut. Saya masih menyayangi isteri saya. Adakah ini lafaz talak? Adakah jatuh talak? Mohon jasa baik tuan untuk bagi pencerahan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, Jika hanya berdasarkan fikiran atau terlintas tanpa lafaz dari suami maka talak tersebut tidak berlaku. Banyakanlah beristighfar kepada Allah dan sentiasa berdoa agar terhindar dari penyakit was-was. Walaubagaimanapun pihak saudara boleh merujuk ke Pejabat Agama Islam yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam.