BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

'Suami: Kau nak aku bagi 3 terus?

Saya: terpulang aku terima ape saje yg kau bagi.

Suami pernah mengajukan pertanyaan sedemikian pada saya ketika kami bergaduh. tiada saksi hanya kali berdua. Adakah pertenyaan sedemikian boleh menyebabkan jatuh talak ke atas saya atau ape2 kesan yang berkenaan hukum.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan persoalan puan, lafaz yang diucapkan oleh suami: “Kau nak aku bagi tiga terus?” bukanlah satu lafaz talak, dan tidak menyebabkan jatuh talak. Ini kerana lafaz tersebut berbentuk pertanyaan yang tidak jelas maksudnya, sama ada merujuk kepada talak atau perkara lain.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat niat atau maksud tertentu di sebalik lafaz tersebut yang hanya diketahui oleh suami, maka puan disarankan untuk mendapatkan penjelasan lanjut di Pejabat Agama Islam Daerah berhampiran bagi tujuan semakan dan penentuan hukum yang lebih tepat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image