BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,ustazah..

Saya ingin bertanya tentang kitaran haid saya. Kitaran haid biasa sy adalah 7-8hr haid, suci 20-22 hari.

Namun pada bulan lepas (Julai) haid sy begini:

1st day haid 19hb Julai (1.05pm)

Mandi wajib 26hb Julai (10.00pm)

- *19-26hb Julai = 7 hari*

Suci 26hb (10pm) - 3hb Ogos (10.30pm) = 8 hari (kurang dr tempoh minumum suci iaitu 15 hari)

Pd 3hb Ogos (10.30pm) ada darah keluar llg.darah warna hitam merah & ada bbrp ketulan kecil darah. Pukul 4.30am, tiada darah pada pad. Waktu nk solat subuh, ada darah byk pada pad mcm 1st day haid hingga saat soalan ini diajukan masih ada darah. Keadaan darah sama seperti darah haid (warna merah hitam & bau).

Pd 4hb ogos saya solat seperti biasa & anggap darah itu adalah darah istihadah. Namun bila melihat pattern darah keluar pd 5hb Ogos itu lebih kurang sama seperti darah haid, timbul perasaan ragu² adakah itu darah haid @ darah istihadah/fasad.

Mohon pencerahan.

Syukran Jazilan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, sekurang-kurang tempoh suci antara dua haid adalah 15 hari 15 malam dan sebanyak-banyak tempoh haid adalah 15 hari 15 malam. Merujuk kepada persoalan:

19/7/2025 hingga 26/7/2025 = 7 hari merupakan darah haid

3/8/2025 = Darah yang keluar semula adalah pada tempoh selepas maksimum haid dan masih dalam tempoh minimum suci 15 hari 15 malam iaitu hari 8 suci yang memerlukan kepada penyempurnaan baki suci. Jadi darah yang keluar pada tempoh ini dihukumkan sebagai darah istihadhah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 24

message user image