Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ada beberapa soalan berkaitan hubungan.
1. pada fasa pertunangan 3 bulan sebelum akad nikah saya ada meminta untuk tidak meneruskan hubungan tetapi ibu eggan menerima kerana persediaan kawin sudah berlaku ( seperti menjemput kawan-kawan serta sedara mara ke majlis ) , dan apabila saya berminta kepada pihak lelaki , pihak lelaki bersyaratkan memberi ia sejumlah duit pada masa yang segera ( on the spot ) tetapi sedar saya tidak mempunyai source of income pada masa tersebut dan saya telah menyatakan bahawa jika berlaku juga akad nikah maksudnya saya telah kawin paksa/ dengan tidak rela, saya tidak mampu berkata saya tidak setuju apabila juru akad nikah bertanya kerana ingin menjaga aib kedua dua pihak keluarga, adakah sah perkahwinan itu?
2. Sudah bercuba sedaya upaya dan berkali kali namun masih tiada perasaan cinta terhadap suami walaupun suami tiada berbuat salah, saya rasa bersalah dan berdosa apabila saya tidak dapat dan/atau mampu melakukan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri, apa hukum jika saya ingin meminta cerai atas sebab tersebut?
3. Setelah meminta petunjuk dari Allah saya dan suami bersetuju dan berikhtiar untuk melakukan sesuatu perkara/aktiviti sebagai final attempt , jika tiada perubahan terhadap perasaan dan/atau sikap saya suami berkata " saya redho/rela melepaskan ", adakah boleh dikira ta'liq dan sah jatuhnya talak apa bila ia berlaku?
terima kasih.
Jawapan
Menjawab pertanyaan puan :
1. Sekiranya rukun serta syarat-syarat pernikahan dipatuhi dengan sempurna, maka hukum pernikahan tersebut adalah sah pada syarak. Ada pun kenyataan bahawa puan telah dipaksa berkahwin atau tanpa kerelaan puan, menurut pandangan syarak kondisi seseorang yang dipaksa secara ghair tam (tidak sempurna) yakni keadaan yang tidak menyebabkan bahaya terhadap nyawa atau kehilangan anggota badan seseorang, maka pernikahan itu adalah sah.
Walaubagaimanapun, tindakan memaksa seseorang itu berkahwin tanpa keredhaannya adalah suatu perkara yang boleh menyebabkan matlamat perkahwinan tidak tercapai dengan sempurna. Ini kerana perasaan sayang dan cinta kepada pasangannya tidak dapat dikongsikan dengan baik atas alasan paksaan dan tiada rasa cinta dan sayang pada isterinya itu. Oleh itu, banyakkanlah berdoa kepada Allah SWT agar rumahtangga yang telah terbina itu, walaupun dalam keadaan tiada rasa cinta dan sayang mampu terlaksana dengan baik dan harmoni serta pasangan sedaya upaya mampu melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing sesuai dengan ketetapan syara.
2. Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah talaq. (Riwayat Abu Daud)
Seorang isteri dilarang memohon penceraian tanpa sebab yang diharuskan oleh syarak sebagaimana hadis daripada Thawban RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Mana-mana isteri yang meminta cerai dengan suaminya tanpa sebab yang mengharuskan, haram ke atasnya bau syurga. (Riwayat Abu Daud)
Walau bagaimanapun, seandainya terdapat perkara yang menyebabkan kemudharatan, kezaliman atau penganiayaan di dalam perkahwinan seperti suami tidak memberi nafkah atau memukul isteri atau sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh syarak, maka Islam membenarkan penceraian.
3. Perkataan suami "saya redha / rela melepaskan" adalah merupakan hasrat atau cadangan atau kesediaan untuk melepaskan isteri (menceraikan isterinya). Ini bermaksud apabila situasi yang dinyatakan itu gagal untuk menyelamatkan rumahtangga, maka suami boleh untuk melafazkan cerai kepada isterinya ketika itu.
Sekian, terima kasih