BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum sebagai pemandu grab dimana pemandu wajib mengeluarkan sejumlah wang deposit dan hanya akan menerima kembali wang daripada syarikat grab sebanyak 80 peratus apabila selesai melakukan pekerjaan penghantaran pelanggan dari destinasi ke destinasi. Adakah ini dikira sebagai riba ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, apa yang difahami dalam situasi ini adalah pemandu grab mempunyai deposit yang mana jumlah minima adalah RM 20.00 dalam sistem e-wallet dan hanya dipotong sebanyak 20% dari upah sesuatu trip. Sebagai contoh, Ali menerima penumpang dan trip berharga RM 5.00. Ali menerima upah trip secara tunai RM 5.00 dari penumpang. Dalam masa yang sama Syarikat GRAB telah memotong RM 1.00 (20% upah trip) melalui deposit RM 20.00 yang disimpan dalam e-Wallet. Jika ini yang dimaksudkan, ianya adalah harus dan bukan riba’, kerana pemotongan itu adalah upah/syer/yuran kepada syarikat yang menjalankan sistem GRAB serta ianya telah dipersetujui antara syarikat dan pemandu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 162

message user image