Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam, saya ingin bertanya tentang talak. Kejadian berlaku didalam bilik hanya suami dan saya. Semasa bergaduh, saya bercakap kepada suami, lepaskan I. Kemudian suami menjawab "ok" dan keluar bilik.
Soalan saya, adakah dengan mejawab "ok" jatuh talak? Suami cakap dia tak ada niat tapi saya masih was was.
Terima Kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, jawapan suami "ok" memberikan maksud yang tidak jelas kerana ia bergantung kepada niat suami ketika melafazkannya. Pengesahan perceraian hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal sebagai sebuah badan yang berbidangkuasa dalam hal yang berkaitan.
Sekian, terima kasih.