BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak bertanya, adakah anak tidak sah taraf layak menerima zakat dari Baitulmal? Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, anak tidak sah taraf tersebut layak mendapat bantuan zakat dengan syarat dia tergolong dalam asnaf yang 8 iaitu: 1. Fakir 2. Miskin 3. Fi sabilillah 4. Al-Riqab 5. Al-Gharimin 6. Amil 7. Muallaf 8. Ibnu sabil والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 80

message user image