BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam, Saya seorang lelaki dewasa sudah hendak berkahwin sejak dua tahun lepas makanya saya buat persiapan dari segi kewangan kerana saya tahu kahwin bukan hanya semata2 nafsu. Apabila tiba masanya saya memberitahu kepada ibu bapa saya bahawa saya mahu kahwin dan mereka setuju tetapi mereka meminta tempoh lagi 2tahun atas sebab2 yang bukan berkaitan dgn syariah. Apakah hukum ibu bapa menunda perkahwinan anak kerana saya mahu berkahwin setelah mempunyai kewangan yang cukup oleh kerana saya takut akan terlanjur melakukan zina. Jika saya perlu ikut arahan ibu bapa, apakah yang saya perlu lakukan untuk memastikan saya dapat mengelakkan diri saya dari zina pada zaman ini? Adakah ibu bapa mempunyai hak untuk menunda perkahwinan anak?

Apakah hukumnya jika saya melanggar arahan ibu bapa saya?

Adakah benar penikahan tanpa restu ibu bapa akan membuatkan kehidupan saya sukar kerana tidak mendapat restu ibu bapa?

 


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk persoalan yang diajukan, antara perkara yang digalakkan untuk disegerakan adalah apabila telah bertemu dengan pasangan dan berkemampuan untuk menyediakan keperluan serta nafkah untuk berkahwin. Ulamak meletakkan hukum wajib bagi mereka yang berkemampuan untuk berkahwin sekiranya dibimbangi terjebak dengan kemaksiatan jika tidak berbuat demikian. Tidak diharuskan kepada ibu bapa untuk menghalang anak daripada berkahwin sekiranya mereka telah berkemampuan tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sewajarnnya perkara ini dibincangkan secara baik dan terbuka bersama ibu bapa bagi menyelesaikan masalah yang mungkin ada. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 33

message user image