BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

 

Saya kadang perasan titik2 darah akibat dicakar kucing, jerawat atau eczema. Darah tersebut begitu sedikit sehingga tidak mengalir dan kadang2 terkene baju, oleh itu saya membiarkan ia kering supaya x merebak. Jika saya lupa untuk membersihkannya guna air mengalir dah seterusnya ia terkene air secara tidak sengaja seperti air tandas atau peluh, adakah ia dikategorikan sebagai najis tidak dimaafkan? Adakah baju yg lembap yg terkena darah kering tersebut najis, begitu juga rambut basah?

Terima kasih kerana sudi menjawab


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Para ulama bersepakat bahawa darah makhluk hidup termasuk manusia adalah najis. Namun, menjadi persoalan pada jumlah kuantiti darah yang sedikit, adakah ia juga dikira najis dan membatalkan solat sekiranya terkena pada pakaian.

Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa:

“Apabila seseorang itu membunuh nyamuk dan kutu dan darahnya terkena pada pakaian atau melekat pada celah-celah jari, hukumnya adalah najis jika ia dalam jumlah yang banyak. Adapun jika sedikit, maka ia khilaf dalam kalangan ulama’, dan pendapat yang paling sahih ialah ianya dimaafkan.”

(Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab)

Oleh itu, merujuk soalan yang diajukan darah tersebut dimaafkan sekiranya kuantitinya sedikit mengikut pandangan uruf (adat kebiasaan). Adapun jika ia dalam kuantiti yang banyak dianggap sebagai najis.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 18

message user image