BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya dan suami adalah pasangan PJJ. Semenjak berkahwin 14tahun lepas,suami seorang yang kuat cemburu dan sering mencurigai saya. Penah satu hari suami menyatakan,andai kata ada saya tersentuh dengan lelaki di tempat kerja,akan jatuh talak. Sekiranya ia berlaku tanpa sengaja (tersentuh ketika memberi fail),apa yang perlu saya lakukan.

Yang terbaru, suami menjumpai plastik kondom. Saya baru menyewa rumah kira-kira 6bulan lalu dan mengupah orang untuk pembersihan rumah daripada penyewa lama. Suami menyatakan plastik tersebut jatuh dari atas pam tandas atau dari tingkap lubang angin di tandas dan mempersoalkan plastik tersebut milik siapa. Seolah-olaj menuduh saya curang sehingga ke tahap itu. Saya sangat sedih kerana suami menyatakan ini adalah petunjuk dari Allah. Sedangkan saya tidak pernah sesekali berniat curang dan jauh sekali untuk curang. Saya mempunyai 3 orang anak dan fokus saya adalah keluarga. Walau PJJ, itu bukan ruang untuk saya berlaku demikian. Mohon nasihat yang lebih arif,adakah jatuh talak dan apa perlu saya lakukan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada kenyataan puan berkenaan lafaz suami iaitu: "andai kata ada saya tersentuh dengan lelaki di tempat kerja, akan jatuh talak", ia boleh dianggap sebagai lafaz taklik talak secara sorih atau jelas. Sekiranya berlaku perlanggaran, iaitu tersentuh dengan lelaki, boleh menyebabkan jatuh talak. 

Walau bagaimanapun, puan hendaklah dapatkan pengesahan melalui Mahkamah Syariah yang berhampiran kerana mereka mempunyai bidang kuasa terhadap perkara ini.

Berkenaan hubungan PJJ dan tuduhan suami itu adalah sesuatu yang suami dan isteri perlu urus dengan baik dan harmoni, agar kasih sayang dan kepercayaan saling bertaut antara satu sama lain. Puan juga boleh dapatkan khidmat nasihat kekeluargaan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk bantuan tentang hal ehwal rumahtangga. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 10

message user image