Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam Ustaz, saya ada soalan berkenaan dengan ayah saya. saya mohon Ustaz dengar cerita saya dari awal untuk tahu cerita keseluruhan saya cuba ringkaskan sebaik boleh. Ayah saya seorang pencen guru dan arwah emak saya juga pencen guru.
dari kecil hinggakan saya dewasa ayah saya tidak mahu terlibat dengan sebarang aktiviti keluarga. apabila di tanya ayah saya bercakap itulah pengorbanan beliau untuk pastikan saya, arwah abang saya dan arwah mak saya dapat bergembira. ayah saya lebih senang bersama kawan-kawan, ke mana sahaja hanya bersama kawan-kawan. kami sentiasa merayu untuk ayah saya bersama kami, namun sentiasa di tolak. ada juga sekali dua rayuan kami di terima ada la kenangan bersama tetapi selalunya hanya berjalan di kawasan berdekatan yang percuma. ayah saya memang sentiasa marah-marah kepada kami, katanya itulah cara dia sayangkan kami. namun, di luar ayah saya terkenal dengan orang yang baik serta bercakap lembut. kami tidak boleh silap walaupun sedikit, contoh sandal tidak di susun, ayah saya akan marah-marah, memukul, atau merotan saya dan arwah abang saya. kami memang biasa di besarkan dengan kekasaran oleh ayah kami sedangkan beliau sangat-sangat baik dengan orang luar.
arwah abang saya seorang anak yang baik dan tidak pernah melawan cakap ayah saya. namun saya sebaliknya, saya selalu berlawan dengan ayah saya untuk mempertahankan keperluan arwah mak saya dan arwah abang saya. contohnya, ayah saya suka keadaan rumah yang tidak bersih dan semak, arwah mak saya sukakan keadaan yang kemas dan bersih. saya berkawan dengan orang dewasa sejak kecil, ketika saya berusia 11 tahun, saya sanggup melawan ayah saya dan memanggil kawan saya untuk membersihkan kawasan rumah dan membina pagar baru semuanya dengan duit arwah mak saya. ayah saya sangat marah kepada saya sehingga tidak bercakap dengan saya sepanjang kawan saya membuat renovasi ini. ayah saya hanya mula bercakap dengan saya setelah orang memuji beliau kerana rekaan tersebut membolehkan 2 kereta masuk ke kawasan yang agak sempit.
setelah pencen, ayah saya dan arwah mak saya meninggalkan rumah kami d kedah dan atas keputusan mengejut ayah saya mereka menetap di terengganu dengan hanya berbekalkan 1 bag pakaian setiap seorg dan rumah di tinggalkan begitu sahaja. mereka menyewa dan pada masa sama ayah saya membina sendiri rumah di tanah keluarga arwah mak saya. arwah abang saya tinggal bersama ayah dan arwah mak saya di sana, kemudian arwah abang saya meninggal di sebabkan kemalangan jalan raya ketika pulang dari kerja. anak-anak arwah abang saya tinggal serta kakak ipar saya bersama ayah dan arwah mak saya. seperti biasa, sebarang aktiviti kami ayah saya tidak akan terlibat. sekiranya beliau ikut beliau lebih suka bercakap telefon dengan kawan-kawan beliau. ayah saya kekal dengan sikapnyer marah-marah kepada kami termasuk kepada cucu beliau. anak arwah abang saya hanya mendapat kasih sayang sorg nenek kerana pada mereka atuk mereka hanya orang yang suka marah termasuklah perkara kecil contoh sandal tidak di susun.
kemudian arwah mak saya di dignosis dengan kanser usus tahap 4, segalanya berubah lebih teruk. dengan keadaan rumah yang tidak siap-siap kerana ayah saya berkeras tidak boleh mengupah orang luar, dia hendak membina sendiri. arwah mak saya juga tidak lagi sekuat dulu, keadaan rumah terbengkalai. benar saya berterima kasih kepada ayah saya memandu dari terengganu ke IKN (instititut kanser negara) namun ada perbuatan beliau yang saya tidak boleh terima. setelah menerima rawatan ayah saya tidak akan tinggal lebih dari 24 jam untuk biarkan emak saya recover dari rawatan kimoterapi, beliau akan hendak terus balik seawal yang boleh. arwah emak saya merayu untuk bertukar kereta dengan saya kerana dalam pickup tidak selesa, namun ayah saya berkeras hendak memandu pickup beliau untuk rawatan emak saya walaupun arwah kesakitan dalam perjalanan tersebut. arwah mak saya juga dibiarkan kesakitan dia rumah sehingga tertidur berulangkali. apabila arwah mak saya merayu untuk ayah saya bawa beliau ke hospital ayah saya akan marah suruh mak saya melawan sakit. arwah mak saya memanggil saya, saya terus balik terengganu bawa mak saya ke hospital berdekatan untuk terima rawatan . berlaku pergaduhan antara saya dan ayah saya, saya marah kenapa tak bawa arwah mak saya ke hospital, mak saya sakit kanser bukan demam, sehingga sekarang tiada jawapan dari ayah saya. arwah mak saya tidak berselera makan, namum ayah saya tetap memaksa arwah jangan memilih makanan. ada pernah ayah saya memaksa arwah mak saya tengok beliau makan kerana ayah saya boleh makan namun arwah mak saya tidak berselera. banyak lagi perbuatan ayah saya terhadap arwah mak saya, namum arwah mak saya memohon saya berjanji tidak akan bergaduh lagi dengan ayah saya sehingga arwah mak saya meninggal.
setelah arwah mak saya meninggal, kami layan ayah saya sebaiknya. semua wang arwah saya tidak ambil serta wang pencen arwah emak saya di masukkan ke bank ayah saya. tiba-tiba ayah saya bawa kawan dia dan isteri, singgah di rumah saya di klang. beliau memperkenalkan tunang beliau kepada kami, kami terkejut kerana kerekter makcik tersebut sangatlah berbeza dari arwah mak saya yang baik tidak membantah. makcik ni suka bercakap lantang dan dari awal perkenalkan beliau menunjuk perngai beliau yang sangat berbeza dengan arwah mak saya. ayah saya boleh berkata inilah orang yang beliau cari selama ini, inilah karekter yang beliau suka. kami tidak membantah tapi menyuarakan pendapat yang makcik ni api, ayah saya api, api bertemu api tidak akan tenang. namun ayah saya berkeras melangsungkan perkahwinan ini. perkahwinan ini hanya bertahan 5 bulan kerana tidak berlaku persefahaman antara mereka.
setelah itu rumah kami d baling telah siap di renovasi, kami memberikan kunci kepada ayah dan mak kepada isteri dan juga kepada ayah saya. niat kami kerana ayah saya kembali kesorangan boleh beliau datang kedah untuk bersama dengan kami. namun berlaku sebaliknya, tanpa bertanya beliau bercerita kepada semua orang bahawa beliau yang menetap di rumah tersebut dan isteri saya tinggal bersama keluarga beliau. beliau yang tidak pernah datang rumah kami tiba-tiba rajin datang, rupanya beliau telah berjumpa seorang calon untuk berkahwin di kedah. tanpa berbincang ayah saya menggunakan alamat rumah kami untuk berkahwin. saya bercakap kepada ayah saya yang beliau perlu menyiapkan rumah d terengganu sekiranya hendak berkahwin kerana tiada orang boleh tinggal dengan keadaan rumah yang tidak siap dan tidak terurus. namun beliau tetap mahu berkahwin dengan segera, selepas beliau berkahwin saya meminta beliau memulangkan kunci rumah kami. isteri saya tinggal bersorangan d kedah dan saya hanya ada ketika hujung mggu.
banyak lagi perbuatan ayah saya terhadap arwah emak saya sehingga arwah emak saya pernah menyuarakan kekecewaan beliau berkahwin dengan ayah saya. arwah atok (ayah emak saya) pernah melarang beliau berkahwin kerana ayah saya sememangnya seorang yang pentingkan diri tanpa memikirkan orang lain. ayah saya bercerita kepada orang lain dengan banyak cerita yang tidak betul, macam betapa baiknya beliau menjaga arwah emak saya serta beliau sentiasa hendak membawa arwah emak saya berjalan-jalan sehingga ke Europe. sedangkan yang berlaku sebaliknya, termasuklah perbelanjaan arwah emak saya beliau yang menanggung sendiri, sekiranya ada pembelian barang rumah emak saya perlu membayar separuh dari perbelanjaan tersebut. ayah saya sangat berkira dengan kami sekeluarga, amatlah jarang untuk kami makan di luar dan tidak penah masuk tempat berbayar melainkan setelah saya bekerja dan saya atau mak saya yang membayar. arwah emak saya pernah merayu untuk tinggal semalaman lebih di rumah kami namum di tolak oleh ayah saya kerana ada hal yang perlu beliau selesaikan. paling lama arwah emak saya tinggal di rumah kami hanyalah 2 malam.
ayah saya boleh menelefon kawan-kawan arwah abang saya bertanya khabar, menelefon anak-anak sepupu beliau, bermesej dengan mereka. namun ayah saya hanya akan berhubung dengan mereka yang berjaya di mata beliau. sedangkan panggilan saya atau arwah emak saya tidak akan di angkat oleh beliau. sekiranya saya mesej beliau akan terus jawapan abah sihat, adik take care abah sayang adik. memang sejak dari kecil ayah saya tidak pernah bertanya bagaimana keadaan saya, yang mengambil berat kehidupan saya dan abang saya hanyalah emak saya. sekiranya berlaku apa-apa, ayah saya akan marah kepada kami dan berkata kami tidak bertindak dengan baik. cuma ada sekali ayah saya pernah menyokong saya di sekolah itupun setelah arwah emak saya merayu yang sememangnya saya tidak bersalah. hanya arwah emak saya tempat kami mengadu dan bercerita. saya tidak pernah berbohong walau sekali terhadap arwah emak saya walaupun seburuk mana keadaan atau perbuatan saya.
segala benda hendaklah mengikut kehendak beliau. contohnya borang UPU saya, ayah saya berkeras untuk saya memohon jurusan yang saya tidak layak, sekiranya tidak ikut kehendak beliau, beliau melarang saya memohon universiti dan tidak akan merestui perbuatan saya. atas keputusan itu, saya hanya mendapat tempat jurusan diploma kerana permohonan saya tidak mengikut kelayakan saya. semasa membuat trade in kereta gen2 emak saya, ayah saya berkeras untuk emak saya membayar baki pinjaman kepada salesman kereta tersebut, apabila arwah emak saya cakap kita bayar kepada bank la bukan kepada salesman tersebut, ayah saya telah marah emak saya dihadapan semua orang. apa yang berlaku salesman tersebut melarikan wang itu bersama dengan kereta gen2, arwah emak saya tetap perlu membayar baki pinjaman kepada bank. kebetulan saya berjumpa kereta tersebut, baru arwah emak saya bercerita kepada saya apa yang terjadi. saya dan kawan saya hendak berusaha mendapatkan semula kereta tersebut namun dihalang ayah saya yang bercakap kami tidak pandai. akhirnya kami berurusan dengan bank dan tidak membayar bulanan agar pihak bank menarik kereta tersebut dan alhamdulillah kami berjaya dan kereta itu sampai sekarang digunakan oleh kakak ipar saya. namun kami telah rugi berpuluh ribu, saya sendiri yang melangsaikan baki pinjaman bank serta perlu membaiki kereta itu kerana dirosakkan oleh salesman itu. banyak kali kami bertiga perlu menanggung kesan perbuatan ayah saya.
persoalannyer sekarang saya memang tidak dapat menerima sekiranya ayah saya hendak duduk di rumah kami, isteri saya juga memerlukan tempat untuk kami sendiri. sekiranya ayah saya selalu bersama kami mungkin keadaan berbeza. ini dengan berkahwin baru memang saya dan isteri tidak dapat menerima mereka tinggal di rumah kami. ayah saya berbelanja besar untuk berkahwin yang terbaru, emas kahwin RM3,384, duit belanja, belikan cincin dan rantai emas. sedangkan sepanjang dengan arwah emak saya, hanya 2 bentuk cincin (tunang dan kahwin) serta sebentuk gelang tangan di berikan kepada emak saya sepanjang perkahwinan mereka. setiap sen akan berkira dengan kami, sedangkan sekarang beliau berbelanja wang pencen arwah mak saya untuk isteri baru beliau. saya memang tidak dapat menerima perbuatan ayah saya dan saya sangat-sangat risau adakah saya tergolong dalam anak derhaka terhadap beliau. setiap hari saya risaukan sekiranya hari ini hari terakhir saya, adakah saya anak derhaka. saya sememangnyer tidak dapat menerima segala perbuatan ayah saya terhadap arwah emak saya. ayah saya pernah bercakap yang sebenarnyer beliau kecewa yang meninggal adalah abang saya, bukan saya kerana sekiranya abang saya masih hidup dia akan menerima semua perbuatan dia tanpa melawan cakap beliau. saya sememangnyer sedih namun saya berkeras dengan berkata sekiranya along yang ada saya tak tahu di mana tempat arwah mak saya. ini saya akan sentiasa mempertahankan keperluan arwah mak saya, dia ibu saya. dalam percakapan kami saya bercakap dengan ayah saya, saya tidak berbuat apa-apa terhadap beliau kerana beliau adalah ayah saya. kalau beliau bukan ayah saya, keadaan mungkin berbeza.
saya memohon jasa baik Ustaz untuk menjawab persoalan saya. saya tau, saya bukan anak yang baik namun saya berusaha berubah ke arah kebaikan. sekiranya ada talian atau nombor telefon untuk saya berbincang juga amatlah saya hargai.
Jawapan
Pertamanya, kita sebagai umat Islam meyakini bahawa setiap yang berlaku adalah dengan takdir dan hikmah Allah, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 216 :
Bermaksud : Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu; dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Membicarakan ayat ini Ibn Kathir menjelaskan bahawa ayat di atas mengajar kita bahawa di sebalik musibah atau ujian, ada kebaikan yang hanya Allah tahu walaupun manusia tidak memahaminya.
Dan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Suhail bin Abi Saleh daripada Abu Saleh daripada Abu Hurairah R.Anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya: Sungguh menakjubkan urusan orang beriman. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik, dan itu tidak ada pada sesiapa pun selain orang beriman: jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur, maka itu baik baginya; dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, maka itu baik baginya. (Riwayat Muslim)
Pandangan kami terhadap luahan saudara, tidak dinafikan apa yang saudara rasa sekarang seperti marah, kecewa, sedih, bahkan rasa mungkin rasa “terasing” daripada kasih sayang ayah adalah reaksi normal bagi anak yang membesar dalam suasana tidak sihat. Ia bukan dosa, kerana Islam tidak menghukum perasaan. Yang dihisab adalah perbuatan dan kata-kata. Namun, seandainya rasa atau perasaan itu dibiarkan tanpa didamaikan maka khuatir ia akan menjadi dendam, dan perasaan dendam itu lah nanti akan lebih menyakitkan dan menyeksa diri saudara.
Oleh yang demikian, saudara haruslah cuba sedaya upaya untuk mendamaikan perasaan itu kerana hubungan anak–ayah akan kekal sampai bila-bila. Oleh sebab itulah saudara mesti faham bahawa sebagai anak saudara masih bertanggungjawab menjaga hak asas ayah saudara, maka sentiasalah mendoakan dia dengan doa yang baik, berkomunikasilah dengan kata-kata yang baik, bantulah dia bila perlu dibantu. Dan dalam masa yang sama saudara juga berhak sebagai individu meletakan sempadan jelas supaya perbuatan ayah saudara tidak merosakkan kehidupan saudara yang juga mempunyai tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.
Dan yang paling penting belajarlah untuk memaafkan, kerana memaafkan itu dapat membebaskan diri dari perasaan dendam dan disakiti, bukan untuk membenarkan perbuatan salah ayah tersebut. Maaf bukan bermaksud melupakan atau menerima, tapi membuang beban emosi dari hati. Sebuah hadis daripada Abi Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya : Sedekah tidak akan mengurangkan harta, dan tidaklah Allah menambahkan kepada seorang hamba yang memaafkan kecuali kemuliaan, dan tidaklah seseorang merendah diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya. (Riwayat Muslim)
Sedikit rumusan daripada luahan hati saudara:
Menolak ayah tinggal di rumah saudara bukanlah menjadikan saudara anak yang derhaka, kerana saudara ada sebab yang munasabah iaitu menjaga hak isteri dan keluarga sendiri, mengelakkan mudarat emosi, serta mengelakkan konflik yang pasti berlaku.
Dalam masa yang sama saudara tetap wajib menunaikan hak asas bagi seorang ayah seperti beri nafkah jika dia miskin, ziarah atau telefon sekali-sekala, bercakap dengan sopan, dan doakan beliau dengan doa yang baik-baik.
Mempertahankan arwah ibu daripada dizalimi adalah satu kebaikan besar, malah ia termasuk berbakti kepada ibu walaupun selepas wafatnya
Sekian, terima kasih