Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Seorang suami menceraikan isterinya selepas bersalin. Beliau tidak meninggalkan nafkah untuk anaknya. Beliau berkahwin dengan seorang perempuan lain. Sehingga hari ini beliau tidak melakukan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Hanya ada beberapa kali sahaja beliau memberi duit kepada anaknya. Apakah hukum perkara ini?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, wajib bagi seorang bapa untuk memberi nafkah kepada anaknya walaupun bapa berkenaan telah bercerai dengan ibu anak itu dan berkahwin dengan wanita lain. Oleh itu, meninggalkan atau mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan tidak memberi nafkah kepada anaknya adalah berdosa mengikut hukum syarak dan menyalahi undang-undang. Sekiranya bapa tetap enggan untuk bertanggungjawab, maka ibu anak tersebut boleh membuat tuntutan hak nafkah anak melalui Mahkamah Syariah.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.