BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum . saya ingin menggunakan wali hakim . saya dibesarkan oleh keluarga angkat sejak kecil . selepas saya diberi kepada keluarga angkat , terus lost contact dengan keluarga kandung . pada berumur 13 tahun saya hendak membuat kad pengenalan , pada masa tu batch saya memerlukan cap jari ayah kandung . keluarga angkat saya serata tempat cuba mencari ayah kandung saya . pada berumur 14 tahun , rezeki dapat jumpa ayah kandung dan dapat buat kad pengenalan . perjumpaan hanya sekejap sahaja , setelah selesai keluarga angkat membawa saya balik . sempat juga ayah kandung berkata pada saya , saya hanya ada 2 beradik sahaja iaitu keduanya perempuan . jadi , sekarang saya sudah berumur 30 tahun dan hendak bernikah . saya ada pergi JPN untuk tahu status ayah kandung saya , tapi pihak JPN hanya mengatakan bahawa ayah kandung saya sudah meninggal . dan saya dapat juga surat kematian ayah kandung saya . saya tiada ayah kandung untuk jadi wali . adik beradik ayah kandung pun saya tidak ketahui ada ketidak adik beradik lelaki , keberadaan atuk sebelah ayah pun memang saya tidak tahu , masih hidup atau tidak . kerana sejak kecil sudah lost contact . persoalan saya disini , boleh kah saya boleh menggunakan wali hakim dan bolehkan tunjukkan cara & syarat jika saya hendak menggunakan wali hakim . Kerjasama dan nasihat pihak tuan/puan saya amat hargai . terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan saudari :

Berdasarkan keterangan saudari, isu yang saudari hadapi ini adalah berkaitan ketiadaan wali nasab atau wali keturunan kerana tidak diketahui keberadaan wali-wali yang sah daripada pihak ayah kandung saudari. Dalam Mazhab Syāfi‘ī, perkahwinan seseorang wanita itu memerlukan wali nasab yang sah, kecuali jika :

  1. Wali nasab tidak ada (mati).

  2. Wali nasab tidak diketahui tempatnya atau tidak dapat dihubungi (wali ghaib)

  3. Wali nasab enggan tanpa sebab yang munasabah pada syara (wali adhal).

Jika semua wali nasab tidak dapat diakses atau disahkan, wali hakim (yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan) akan menjadi wali kepada pernikahan tersebut.

Berkaitan prosedur untuk permohonan berkahwin yang menggunakan wali hakim saudari boleh merujuk kepada laman Web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (sppim.gov.my) atau datang sendiri ke Pejabat Agama Islam Daerah terdekat tempat di mana saudari tinggal untuk mendapat maklumat lebih lanjut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 43

message user image