BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Seorg ayah telah meninggal dunia, ada 3 isteri dan isteri ke-3 sahaja yang masih hidup dan ada 4 orang anak dengan isteri ke-3, anak isteri ke-2, 7 orang dan anak dari isteri pertama 2 orang. 4 hari sebelum ayah meninggal ada bagitahu kepada seorang anak dari isteri ke-2, rumah yang ada beri kepada anak-anak isteri ke3. Harta lain tiada. Bolehkah anak2 isteri pertama dan ke2 menggantikan rumah pemberian si mati ganti dengan serumah lain di sebelah tanah si mati.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, agihan dan pembahagian harta pusaka ayah tuan hendaklah dibahagi dengan sebaiknya mengikut bilangan ahli waris yang layak dan persetujuan semua waris. Hadith yang diriwayatkan daripada Amru bin Kharijah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: إن الله أعطى كل ذي حق حقه، ولا وصية لوارث Maksudnya : “Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang berhak akan haknya, maka tidak boleh berwasiat untuk ahli waris” (Riwayat at-Tirmizi) Berdasarkan kepada hadis ini, tidak sah wasiat tersebut kepada ahli waris tertentu, melainkan setelah mendapat persetujuan daripada kesemua ahli waris. Begitu juga jika semua ahli waris bersetuju dengan rumah gantian tersebut, maka ianya boleh dilaksanakan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 82

message user image