Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Asslamualaikum,
Saya nak tanya tentang zakat simpanan saya dalam akaun bank Affin. adakah saya wajib bayar jika cukup haul? Sebab saya tidak pernak bayar zakat simpanan. Simpanan sy di Affin sudah cukup haul untuk beberapa tahun. Tapi sekarang saya dah guna duit simpanan itu untuk bayar pinjaman PTPTN. Adakah saya pelu qada bayar zakat yang saya tidak bayar sebelum ini?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut. Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya: Apabila kamu memiliki 200 dirham, dan telah cukup setahun zakatnya sebanyak 5 dirham. Kamu tidak wajib berzakat emas sehinggalah memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar, dan telah cukup setahun, maka zakatnya 1/2 dinar. Jika kamu memilikinya lebih daripada itu, maka ikutilah cara pengiraan tersebut. (Riwayat Abu Daud)
Bagi soalan seterusnya, bagi jumlah simpanan semasa sekiranya telah cukup nisab dan haul setelah ditolak dengan bayaran pinjaman PTPTN, wajib membayar zakat. Manakala simpanan bagi tahun sebelumnya, wajib qada zakat kerana simpanan telah cukup nisab dan haul. Menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003;
Fatwa di bawah Seksyen 47 berkaitan Hukum Mengagihkan Secara Persendirian dan Qada Zakat. Mengenai hukum qada zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang memenuhi syarat wajib tetapi tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya.
Sekian, terima kasih.