BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt

Seringkali pergaduhan saya dengan isteri, isteri saya akan minta cerai. Sehinggalah satu hari, saya bercerita kepada kawan saya, dan ada menyebut sebegini - "kalau sekali lagi dia minta cerai, saya akan bagi". 

soalan saya, adakah apa yang saya sebut dikira sebagai taklik?

Terima kasih

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan ayat suami iaitu: "kalau sekali lagi dia minta cerai, saya akan bagi" adalah ayat berbentuk khabari (perkhabaran atau makluman). Maksudnya sekiranya isteri minta lagi selepas ini, barulah suami akan menceraikan isterinya. Ucapan tersebut tidak membawa kepada berlakunya talak secara taklik. Ini kerana lafaz talak taklik hendaklah bersifat insya'i (berkuatkuasa). Contoh ayat: "Jika dia minta cerai lagi, jatuhlah talak".

Justeru, sekiranya isteri meminta cerai lagi, maka terpulang kepada suami sama ada ingin menceraikan isterinya atau tidak. Berhati-hatilah dalam berkata-kata agar tidak berlaku pekara yang tidak diinginkan. Berbincanglah dengan isteri agar rumah tangga harmoni. Sekiranya tuan ingin mendapatkan penjelasan lanjut boleh hubungi pihak Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal berkenaan perkara ini.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 38

message user image