BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, 

saya ingin bertanya tentang solat jamak. cerita dia begini, anak saya dimasukkan ke dalam hospital dan ditempatkan di wad NICU. di sana hantar satu orang saja yang boleh menjaga anak kami. waktu melawat hanya dari pukul 12.30 hingga pukul 2.00 dan 4.30 hingga pukul 7.jadi isteri susah untuk solat, kerana anak saya tidak boleh berenggang. bila masuk ke tandas pun terpaksa dukung dia. jadi isteri saya hanya boleh solat jika saya ada. iaitu pada waktu melawat. jadi bolehkah isteri saya melakukan jamak tanpa qasar. kerana isteri saya tidak mahu meninggalkan solat


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, keadaan isteri tuan tidak termasuk dalam keuzuran yang membolehkan solat dilakukan secara jamak kerana ia bukan darurat yang diharuskan syarak. 

Dalam keadaan tersebut, isteri masih wajib menunaikan solat pada waktunya. Jika sukar untuk meninggalkan anak, isteri boleh solat sambil mendukungnya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Nabi SAW dengan syarat bayi atau anak tersebut berada dalam keadaan suci daripada najis.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 16

message user image