Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz. Saya hendak bertanya. Setiap kali solat, ada masanya, saya terpijak kain sembahyang sehingga kain hampir terlondeh tapi saya mengangkat sedikit tumit utk elak kain terlondeh. Ada kadangkala terlebih 3 kali, bukan sebab sengaja tapi sebab takut aurat kaki saya terdedah. Saya ada melihat sumber di Internet, jika untuk membaiki kain supaya x nampak aurat, dibolehkan. Kalau sengaja x dibolehkan? Jadi boleh ustaz terangkan sedikit ttg hal ini dan adakah solat solat saya sah. Itu sahaja, terima kasih ustaz.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, ‘sengaja’ yang dimaksudkan adalah bila mana sengaja menggerakkan anggota melebihi kadar tanpa keperluan di dalam solat. Adapun perbuatan puan memperkemaskan kain agar aurat terjaga adalah wajib. Jika tidak berbuat demikian, puan dikira sengaja membiarkan aurat terbuka sedangkan puan tahu aurat sedang kelihatan dan ini menyebabkan solat tidak sah. Justeru, selama mana puan berusaha menjaga aurat dari kelihatan, solat puan adalah sah.
Sekian, terima kasih.