Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Suami saya secara bergurau memberitahu kawannya “Ini bukan isteri saya” dgn menunjuk ke arah saya. Apa hukumnya ustaz. Jatuh talakkah ustaz?
Jawapan
Lafaz yang diucapkan oleh suami terhadap isteri dinamakan lafaz cerai kinayah(tidak jelas), Yakni lafaz yang tergantung niatnya, sekiranya suami berniat cerai maka jatuh talak jika sebaliknya maka tidak jatuh talak tersebut. Dalam kes saudari ini, dinasihatkan supaya rujuk ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran atau terus ke Mahkamah Rendah Syariah untuk pengesahan dan keterangan lanjut. Sekian, terima kasih.