BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya ada beberapa soalan mengenai dam. Beberapa belas tahun yang lepas, saya telah pergi ke mekah untuk kali pertama bagi mengerjakan ibadah umrah. Sebelum saya pergi ke mekah, saya telah melakukan onani tetapi pada ketika itu, saya tidak tahu bahawa itu adalah onani kerana tidak mempunya ilmu apakah itu onani dan kesannya (sehingga lah baru baru ini saya baru belajar mengenainya). Dan sebelum ke mekah saya tidak mandi wajib kerana saya tidak tahu perlu untuk saya mandi wajib kerana telah beronani (pada ketika itu saya belum datang period untuk kali pertama. Saya ingatkan hanya perlu mandi wajib kerana datang period)

Soalan saya ustaz:

1. Adakah perlu untuk saya bayar dam kerana saya rasakan umrah yang saya lakukan adalah tidak sah? adakah saya masih dalam ihram sehingga sekarang?
 

2. Jika umrah pertama memerlukan saya untuk bayar dam, diantara umrah pertama dan umrah seterusnya, saya ada melakukan larangan ihram, apakah yang perlu saya lakukan ustaz? Saya ada membuat pembacaan bahawa jika kita belum bayar dam, memadai dengan bayar satu dam sahaja (jika kesalahan yang dilakukan adalah sama). Tetapi saya telah melakukan larangan ihram yang berbeza kerana saya ingatkan pada ketika itu umrah saya telah sempurna.

3. Sekiranya saya masih dalam keadaan berihram sehingga sekarang, saya telah melakukan banyak larangan ihram, apa yang perlu saya lakukan ustaz?

4. Sekiranya perlu untuk saya bayar dam, boleh ustaz terangkan bagaimana dan dimana saya boleh lunaskan bayaran dam saya?

Mohon pencerahan dan pertolongan dari ustaz kerana saya benar benar tidak tahu apa yang perlu saya lakukan.Terima kasih ustaz.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan kenyataan cik pada persoalan keterangan dan persoalan yang diajukan, perbuatan onani tersebut pada ketika itu tidak memberi kesan kepada ibadah umrah yang telah ditunaikan. Hal demikian kerana, tidak diketahui bahawa terdapat air mani yang keluat atau tidak kesan daripada perbuatan onani itu. Selain itu, sepertimana yang cik sudah ambil maklum, Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-33 telah menyatakan secara jelas seperti berikut:

Amalan-amalan haji dan umrah lampau yang baru diragui kesahihannya, tidak memberi apa-apa kesan dari segi hukum jika dia yakin sah ketika melaksanakannya dahulu. 

Oleh itu, keraguan yang timbul tidak perlu diambil endah kerana ia tidak akan mengubah hukum yang telah tetap, iaitu sah ibadah umrah yang dilakukan. Bahkan apabila seseorang ditimpa rasa waswas, adalah digalakkan untuk dia mengingati Allah SWT dengan berzikir atau membaca ayat suci al-Quran seperti Surah an-Nas. Akhir kata, setiap ibadah yang ingin dilakukan terutamanya yang dilakukan secara sejarang atau hanya sekali seumur hidup perlu dipelajari hukum-hakamnya terlebih dahulu agar ibadah tersebut dapat dilakukan sebaiknya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 21

message user image