Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya hukum safar bagi perempuan.
Seperti gerakan fortilla. Perempuan pergi tanpa mahram bukan kah Haram hukumnya walaupun dapat izin Dari suami. Sebab ada saya belajar hadis sahih mengatakan " tidak halal bagi Wanita beriman kepada Allah keluar bersafar tanpa mahram lebih 3 hari " jadi di sini saya ingin bertanya hukum tentang perkara ini. Sama ada boleh atau tidak. Kalau ikut celah hukum " darurat " di guna pakai. Tapi apa yang saya tahu keadaan darurat bila mana tiada lelaki yang menghulur bantuan baru perempuan boleh sertai. Sebab misi fortilla bukan perang. Misi fortilla adalah misi keamanan , bawa bekal makanan Dan rawatan. Sepatutnya penggunaan celah darurat tidak boleh dalam isu fortilla ini. Boleh bagi pandangan yang betul tanpa menggunakan celah hukum ? Sebab niat tidak menghalalkan cara.
Jawapan
Kami mulakan kalam ini dengan hadis Riwayat Abdullah bin Abbas r.a, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Maksudnya: Janganlah seseorang wanita itu bermusafir selama tiga hari melainkan bersama-sama dengan mahramnya. (Riwayat al-Bukhari)
Daripada hadis di atas, ia menunjukkan kepada kita bahawa Nabi SAW melarang seseorang wanita untuk bermusafir melainkan terdapat mahram bersama-sama dengannya. Namun hadis ini juga perlu dibaca bersekali dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh ‘Adiyy Bin Hatim r.a:
Maksudnya: "aku melihat seorang wanita mengendarai kenderaan berjalan dari Al Hirah hingga melakukan tawaf di Ka'bah tanpa takut kecuali kepada Allah S.W.T. (Riwayat al-Bukhari)
Maka, daripada hadith ini, ulama’ mengambilnya sebagai salah satu dalil yang mengharuskan permusafiran seorang wanita sekiranya aman. Dar al-Ifta’ al-Misriyyah menambah lagi:
Maksudnya: Dan berdasarkan keterangan ini, dapatlah difahami bahawa keamanan merupakan ‘illah di sisi fuqaha’ dalam mengharuskan dan juga menghalang permusafiran. Disebabkan itu, kami datangkan ke atasnya satu fatwa bahawa permusafiran wanita secara bersendirian menggunakan apa-apa cara musafir yang aman, laluan yang menjadi tumpuan orang ramai, kawasan yang tidak sunyi, sama ada di pelabuhan, lapangan terbang dan jalan perhubungan awam yang lain, maka ia dibenarkan secara syarak dan tiada kesusahan ke atasnya padanya (untuk bermusafir) sama ada permusafiran yang wajib, sunat atau harus, dan sesungguhnya hadith-hadith yang melarang wanita dari musafir tanpa mahram adalah kerana digantungkan pada keadaan ketiadaan aman, maka sekiranya wujud keamanan tidak terangkum pengharaman ke atas permusafiran secara asalnya.
Dalam konteks penyertaan ke misi bantuan seperti gerakan fortilla, permusafiran bagi wanita adalah dibolehkan dengan beberapa syarat yang berikut:
Misi bantuan kemanusiaan ini adalah salah satu usaha kecil untuk membantu rakyat di sana. Semua usaha yang boleh membantu rakyat Palestin di Gaza, hendaklah disokong. Manakala dari segi maqasid pula, usaha ini dapat membangkitkan suara dari seluruh pelusuk dunia untuk prihatin dan cakna berkaitan isu kemanusiaan di Palestin dan kekejaman zionis Israel.
Namun demikian, golongan lelaki adalah lebih utama menggalas usaha ini di atas kemampuan yang lebih berbanding wanita. Namun begitu, Islam tetap membenarkan wanita untuk bermusafir tanpa mahram dengan mengambil kira penjagaan maruah dan adab-adab Islam agar terpelihara daripada sebarang panahan fitnah dan tomahan serta menjamin kelangsungan kehidupan bersyariat.
Sekian, terima kasih