BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Aslmkm saya ade beberapa soalan:-

soalan 1 

saya ade nazar bantu kawan dalam permainan game apa yang dilakukan hanya untk tu sendiri apakah kene kafarah saya abaikan?

 

soalan 2 

nazar untuk pegang punggung org perempuan tetapi saya tk lakukan adakah kene kafarah?

 

soalan 3

nazar solat di surau tetapi solat dirumah adakah kene kafarah? atau nazar itu sah dan ditunai walaupon saya solat dirumah?

 

soalan 4 

nazar beli phone ROG atau mahal tapi tak beli tanpa kaitkan kalau beli untuk apa tu tiada adakah kene kafarah?

 

soalan 5

nazar dengan kondisi berbisik tanpa suara jelas adakah nazar itu gugur dan tiada kafarah?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Nazar adalah mewajibkan ke atas diri sendiri perbuatan qurbah (mendekatkan diri dengan Allah) yang tidak ditentukan dalam syarak, sama ada secara mutlak ataupun dengan menta’liqkan (iaitu mengaitkan) dengan suatu perkara.

Hukum melunaskan nazar adalah WAJIB sebagaimana hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia melaksanakan ketaatan itu, dan barangsiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat maka janganlah dia melakukan maksiat itu. (Riwayat al-Bukhari)

Justeru berdasarkan persoalan berikut:

1. Seseorang yang bernazar untuk melakukan perkara yang tiada nilai ibadah (seperti membantu dalam permainan), maka nazar itu tidak sah dan tidak perlu kafarah. Hal ini kerana, nazar hanya dianggap sah jika ia melibatkan perkara ketaatan kepada Allah seperti solat, puasa, sedekah, dan seumpamanya.

2. Nazar yang melibatkan dosa tidak sah dan tidak wajib ditunaikan. Akan tetapi, wajib bertaubat atas niat untuk melakukan dosa.

3. Nazar tersebut adalah sah, kerana ia melibatkan perkara ketaatan kepada Allah SWT. Oleh itu, jika tuan tidak menunaikannya seperti yang dinazarkan, maka tuan telah melanggar nazar dan perlu membayar kafarah iaitu:

  • Memberi makan 10 orang miskin, atau

  • Memberi pakaian kepada 10 orang miskin, atau

  • Memerdekakan seorang hamba.

4. Nazar seperti ini tidak sah dan tidak dikenakan kaffarah kerana bukan daripada hal yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

5. Nazar hanya dianggap sah jika diucapkan dengan lafaz yang jelas dan didengari oleh diri sendiri. Jika sekadar bisikan dalam hati atau tidak keluar suara, maka nazar itu tidak sah dan tiada kafarah. Namun jika ada lafaz nyata walau perlahan dan diniatkan nazar, maka ia menjadi sah.

Oleh itu, seseorang yang tidak mampu menunaikan nazarnya hendaklah melaksanakan kaffarah dengan memilih salah satu daripada tiga pilihan berikut: memberi makan atau pakaian kepada sepuluh orang miskin, atau memerdekakan hamba (sekiranya ada). Selain itu, pembayaran kaffarah juga boleh disalurkan kepada pihak berwajib seperti Majlis Agama Islam Negeri. Sekiranya ketiga-tiga perkara tersebut tidak mampu ditunaikan, maka wajib berpuasa selama tiga hari, sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah SWT.

Sila kunjungi Pejabat Majlis Agama Islam terdekat atau klik pautan berikut untuk maklumat lanjut https://efaraid.mais.gov.my/kaffarah/

Elakkan diri daripada bernazar dan bermain-main dengan perkataan nazar. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 18

message user image