Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang solat dalam keadaan mudah keluar mazi. Sebelum ini setiap kali saya ingin solat saya akan basuh kemaluan dan letak tisu dan terus solat. Tapi selepas saya terkena penyakit pundi kencing aktif saya tidak berani untuk basuh kemaluan saya kerana risau akan jadi lebih teruk. Kadang2 saya terus solat tanpa basuh kemaluan dan tidak basuh seluar saya. Saya ingin bertanya dalam keadaan saya sekarang adakah saya perlu membasuh kemaluan saya setiap kali sebelum solat atau saya boleh terus solat macam biasa atau adakah kaedah yang saya boleh basuh kemaluan tanpa perlu menggunakan tandas kerana saya takut dengan membasuh kemaluan boleh menyebabkan penyakit saya jadi lebih teruk. Selalunya saya akan tunggu lepas kencing saya akan basuh kemaluan saya, letak tisu dan terus solat jika dalam waktu. Tapi jika nak habis waktu saya masih belum terasa nak terkencing saya akan terus solat tanpa basuh kemaluan saya. Soalan saya yang kedua saya pernah pergi solat jumaat dalam keadaan tidak basuh kemaluan dan seluar kerana belum terasa nak terkencing. Adakah solat jumaat saya diterima dan jemaah di kiri kanan saya adakah solat mereka juga diterima.
Jawapan
Mazi ialah cecair jernih yang keluar pada permulaan atau semasa terangsang syahwatnya dan termasuk dalam kategori najis. Seseorang yang mengalami masalah ini hendaklah menyucikan diri mengikut cara yang ditetapkan oleh syarak. Ini berdasarkan riwayat Saidina Ali Radiallahu anhu:
Maksud: “Aku adalah seorang lelaki yang sentiasa keluar mazi, dan aku berasa malu untuk bertanya kepada Rasullullah Sallallahu alaihi wassallam; Aku menyuruh Miqdad bin al-Aswad menanyakannya, maka baginda menjawab: Dia hendaklah berwuduk. (Dalam riwayat Muslim); dia hendaklah membasuh zakarnya dan berwuduk.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas mengajarkan cara bersuci secara umum untuk mereka yang berhadas seperti kencing tidak lawas dan mazi yang keluar berterusan. Justeru itu, cara bersuci bagi mereka yang mengalami masalah mazi sebelum solat ialah:
Daripada pernyataan yang saudara berikan, dalam keadaan penyakit pundi kencing aktif, jika doktor atau pengalaman menunjukkan membasuh kemaluan boleh memburukkan keadaan atau mencetuskan simptom, maka saudara tidak wajib membasuh secara menyeluruh seperti biasa. Sebaliknya cukup dengan membersihkan sekadar yang mampu tanpa memudaratkan.
Jika belum keluar mazi atau tidak tahu ada keluar, solat Jumaat sah walaupun tidak membasuh kemaluan dan solat jemaah di kiri kanan saudara turut tidak terjejas. Namun, bagi orang yang berpenyakit sentiasa keluar hadas, hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan terlebih dahulu keluar najis atau tidak.
Sekian, terima kasih.