BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya membawa ibu yang uzur ke masjid dengan kerusi roda yang saya yakin kebersihan terutama dalam keadaan kering. Namun ada jemaah pertikaikan konon mungkin ada najis di kaki lima masjid dan jalan bertar yang kering yang menjadi laluan kerusi roda. Kerusi roda tersebut dikatakan membawa najis.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika diyakini tiada sebarang bau atau kesan najis yang terdapat pada kerusi roda tersebut, maka sah solatnya. Kaedah Feqh menyebut اليقين لا يزول بالشك yang bermaksud “Keyakinan itu tidak dapat dihapuskan dengan perasaan syak (tidak pasti)”. Abaikan pertikaian orang yang boleh mengundang kepada ketidakharmonian untuk beribadah di masjid. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang” (al-Hujurat : 12) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 141

message user image