Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan/Ustaz,
Apa kah hukum seorang lelaki menyaksi sukan saperti bolasepak lelaki atau sukan muay thai lelaki di mana pemain atau peserta nya memakai seluar pendek dan tidak menutup aurat sepenuhnya. Adakah ini dibolehkan didalam Islam? Niat dihati semasa menonton adalah menyaksikan perlawanan semata-mata kerana minat sukan tersebut.
Mohon pencerahan dari pihak Tuan.
Jawapan
Merujuk pada persoalan saudara, hukum menonton sukan seperti bola sepak atau muay thai yang melibatkan lelaki yang tidak menutup aurat secara sempurna adalah makruh dan boleh menjadi haram jika menimbulkan syahwat atau melalaikan daripada kewajipan agama, walaupun niatnya hanya kerana minat terhadap sukan tersebut.
Perlu diketahui bahawa aurat lelaki menurut jumhur ulama adalah dari pusat hingga lutut, dan pakaian seperti seluar pendek yang dipakai oleh pemain dikategorikan sebagai tidak menutup aurat dengan sempurna. Islam menuntut kita menjaga pandangan dan menjauhi perkara yang boleh membawa kepada maksiat, walaupun dalam bentuk hiburan.
Sekian, terima kasih.