Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Suatu ketika dulu, semasa anak saya masih kecil, saya ke pasaraya, ada beberapa kali anak saya merengek lapar dan mahu minum air yang dilihat di pasaraya tersebut. Disebabkan kaunter pembayaran jauh dan penuh, saya bukakan minuman tersebut, kemudian menyimpan bar kod minuman tersebut. Selesai mengambil barang2 yang lain, saya pun membuat pembayaran, termasuk lah minuman yang saya berikan kepada anak saya tadi dengan menggunakan bar kod yang saya simpan itu. Apakah hukum nya saya berbuat sedemikian?
Jawapan
Asas bagi suatu akad jual beli ialah ia hendaklah dipersetujui dan diredai oleh kedua-dua pihak iaitu pembeli dan penjual. Di samping itu, mestilah akad jual beli tersebut tidak diniatkan untuk mengambil harta orang yang lain dengan cara yang batil dan menipu. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 29:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.
Dalam situasi puan, dari sudut niat dan tindakan susulan, puan tidak berdosa, kerana:
Namun, dari sudut adab dan peraturan kedai, perbuatan menggunakan barang sebelum akad jual beli dimuktamadkan adalah kurang tepat, kerana barang tersebut secara hukum masih milik penjual sehingga bayaran dibuat.
Kesimpulannya, isu ini dianggap selesai kerana pembayaran telah disempurnakan tanpa wujud unsur khianat atau penipuan. Puan tidak dipertanggungjawabkan atas dosa, namun pengalaman ini wajar dijadikan pengajaran untuk lebih berhati-hati dalam urusan muamalat pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih