BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum, mohon bantuan pihak yang lebih arif. Bapa saya seorang Cina mualaf tapi sekarang saya dah tak tahu dimana keberadaan beliau sebab memang lost contact . Kali terakhir saya berjumpa dengan beliau ketika 5 tahun lepas dalam keadaan beliau telah tidak mengamalkan ajaran Islam dan seperti kembali ke agama asalnya . Saya juga seorang anak tunggal, memang tiada yang boleh mewalikan saya selain ayah

Apa vang saya kena buat? Lama ke proses untuk guna wali hakim / wali ghaib ? Atau ada nasihat lain yang boleh diberikan kepada saya. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Wali adalah merupakan antara rukun nikah wajib ada bagi memastikan sesuatu pernikahan itu sah pada hukum syarak. Jika seseorang perempuan itu tiada wali nasab (keturunan) maka dia boleh membuat permohonan wali hakim/wali raja di mana-mana Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan tempat tinggalnya.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap, saudari boleh menghubungi Pejabat Agama Islam yang berhampiran kerana Pejabat Agama Islam adalah pihak yang berautoriti bagi pengurusan permohonan wali hakim ke mahkamah. 

Saudari boleh menghubungi atau berurusan terus ke :

KOMPLEKS ISLAM DAERAH GOMBAK,
KM 16, PERSIARAN PEGAWAI, BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES, SELANGOR

No. Telefon : 03-6120 1514 / 03-6120 1467
No. Faks : 03-6131 1130
E-mel : paidgombak@jais.gov.my

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 100

message user image