BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

saya ingin bertanya berkaitan pemakaian atau pembelian barang kemas yang berbentuk kucing, rama-rama atau seperti patung hello kitty. boleh ke dipakai bagi wanita islam? sekiranya tidak boleh, bolehkah disimpan untuk koleksi sahaja?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Memakai perhiasan berbentuk haiwan untuk tujuan hiasan semata-mata adalah haram dipakai ini kerana segala jenis perhiasan yang terdapat padanya gambar atau ukiran sesuatu yang bernyawa seperti binatang adalah haram dipakai kerana ia diletakkan pada tempat yang dimuliakan iaitu di tubuh badan kita. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Talhah RA, Rasulullah SAW bersabda:

لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ

Maksudnya: Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitu juga hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah RA katanya; Maksudnya: “Dia membeli bantal-bantal kecil yang bergambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata Aisyah: “Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku?" Rasulullah SAW kembali bertanya: “Bantal-bantal apakah itu?" Jawab Aisyah: “Aku membelinya untuk kamu sebagai tempat duduk atau tempat bersandar.” Sabda Rasulullah SAW: “Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka, "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!”. Kemudian baginda bersabda: “Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu.” (Riwayat Muslim)

Namun demikian, sekiranya hiasan tersebut berbentuk seperti kartun yang tidak menyerupai makhluk bernyawa, tidak dipuja, tidak disanjung, dan tidak ditempatkan pada kedudukan yang menunjukkan penghormatan, maka ia tidak termasuk dalam larangan. Contoh penggunaan yang dianggap harus ialah seperti dijadikan key-chain, digantung pada beg, dan diletakkan di tempat biasa yang tidak menunjukkan pengagungan atau penghormatan khusus.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image