BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya mengandung dan mendapati kedudukan uri berada berhampiran pangkal rahim yang menyebabkan tumpah darah yang kerap. Perlukah saya mandi wajib sebelum solat atau memadai jika hanya membersihkan darah yang keluar tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika begitu keadaannya puan hanya perlu bersihkan sahaja darah tersebut sebelum menunaikan solat. Tidak perlu mandi wajib kerana ia bukan darah yang disebabkan haid atau nifas. Ia adalah darah istihadah. Puan juga perlu merujuk kepada doktor agar pendarahan yang berlaku dapat dirawat. Jaga kesihatan dan banyakkan berehat serta elakkan daripada melakukan pergerakan yang aktif demi menjaga kandungan puan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 74

message user image