BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak tanya satu soalan berkaitan taklik ni, harap ustaz sudi menjawab, saya ada lafaz taklik dekat isteri saya macam ni ' kalau hujung bulan ni tak balik rumah jatuh talak satu'. Tapi tadi masa chat saya ada selisih faham sikit saya chat dia macam ni saya cakap nak ubah taklik saya chat macam ni 'saya bagi masa sampai 12 tengah malam ni, kalau tak jatuh talak satu' tapi dia belum baca taklik tu dan saya delete, macam mana ya ustaz? Taklik yang pukul 12 tu sah ke tidak?Harap ustaz sudi jawab


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab soalan yang diajukan, secara umum, lafaz taklik tidak boleh dibatalkan atau diubah. Lafaz taklik talak yang diucapkan: “Kalau hujung bulan ni tak balik rumah jatuh talak satu", boleh dianggap sebagai lafaz taklik talak yang sah.

Manakala lafaz taklik talak yang dibuat melalui whatapp: "saya bagi masa sampai 12 tengah malam ni, kalau tak jatuh talak satu", boleh dianggap sebagai lafaz taklik talak yang baharu. Walau bagaimanapun, taklik talak itu dilakukan melalui whatapp, maka ia dianggap sebagai lafaz kinayah atau kiasan yang memerlukan niat. Seandainya suami berniat talak ketika whatsapp itu dilakukan, maka taklik talak boleh berlaku. Namun, jika suami tidak berniat talak, maka taklik talak tidak berlaku.

Memandangkan pihak yang berautoriti di dalam mengesahkan suatu talak atau taklik talak adalah pihak Mahkamah Syariah. Maka disarankan agar perkara ini dibawa ke Mahkamah Syariah berdekatan dalam kadar segera.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 80

message user image