BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Saya nak bertanya tentang tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu. Terutamanya jika anak lelaki itu masih belajar. Adakah dia perlu memberi nafkah kepada ibu setelah bapanya tiada? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, tanggungjawab nafkah setelah ketiadaan bapa adalah terletak kepada datuk sekiranya anak masih kecil atau tidak berkemampuan. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari:

وإنما تجب على ذي قرابة بعضية وتجب له وهم الفروع وإن نزلوا والأصول وإن علوا فقط، أي دون سائر القرابات كالأخ والأخت والعم والعمة، ذكوراً وإناثاً وارثين وغير وارثين

Maksudnya: Sesungguhnya yang hanya diwajibkan nafkah kepada kaum kerabat yang bersifat punca dan cabang keturunan (qarabah ba’diyyah) iaitu furuk (anak, cucu, cicit) dan yang ke bawah dan usul (bapa kandung, ibu kandung, datuk, nenek) dan yang ke atas sahaja, iaitu tidak termasuk kaum keluarga yang lain seperti adik beradik lelaki, adik beradik perempuan, pakcik, makcik samaada lelaki mahupun perempuan, samaada yang tergolong daripada pewaris harta atau tidak.

Kewajipan nafkah selepas ketiadaan bapa berpindah kepada usul iaitu keturunan ke atas seperti datuk dan nenek kerana nafkah hanya diwajibkan dalam lingkungan hubungan keturunan langsung (الأصول والفروع) sahaja. Ini sebagaimana dihuraikan oleh Syeikh al-Islam Zakariyya al-Ansari bahawa hanya usul dan furuk yang saling wajib menanggung nafkah antara satu sama lain, manakala kerabat lain seperti adik-beradik, pakcik dan makcik tidak termasuk dalam kewajipan tersebut.

Oleh itu, sekiranya bapa telah meninggal dunia, datuk adalah pihak yang memikul tanggungjawab nafkah cucunya, terutama apabila cucu tersebut masih kecil atau tidak berkemampuan.

Namun, jika datuk serta seluruh usul yang lain tidak berkemampuan, sedangkan anak tersebut masih belajar dan belum mampu menanggung kehidupannya sendiri apatahlagi untuk menanggung ibunya, maka kewajipan nafkah itu berpindah kepada Baitul Mal atau Pusat Zakat Negeri sebagai institusi yang bertanggungjawab menjaga kebajikan golongan yang tidak berupaya.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 9

message user image